Kongsikan di:

JASIN, 12 November 2026 – Kumpulan RISDA Holdings mengadakan kunjungan Ziarah Kasih bagi menyantuni seorang warga kerja RISDA Security & Services Sdn. Bhd. (RSS) dan keluarganya di kediaman mereka di Jasin, Melaka. Rombongan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd., YBrs. Encik Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar, dan disertai beberapa wakil pengurusan RISDA Holdings.

Kunjungan itu bertujuan memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan dalam menjaga anak mereka yang menghidap palsi serebrum (cerebral palsy).

Ziarah Kasih merupakan sebahagian daripada usaha Kumpulan RISDA Holdings untuk menyantuni warga kerja dan keluarga mereka yang berdepan dengan tanggungjawab penjagaan berterusan. Kumpulan turut mendoakan agar keluarga berkenaan diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Berita Lain

MENGHARGAI JASA PEKEBUN KECIL DAN PESARA RISDA

Memperkasa Pekebun Kecil, Pacu Kemakmuran Bersama

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026