TELOK MAS, MELAKA 12 November 2026 Di sebalik pembangunan industri pekebun kecil, bukan kepalang jasa mereka yang mengusahakan kebun dan menyumbang kepada ekonomi serta kemajuan negara.
Begitu juga kakitangan RISDA yang menyokong komuniti ini sepanjang perkhidmatan mereka.
Sumbangan kedua-dua kumpulan ini dihargai oleh RISDA Holdings Sdn. Bhd. (RHSB) melalui Program Kemakmuran Pekebun Kecil.
Menerusi program ini, Pengerusi RISDA Holdings Sdn. Bhd. YB Datuk Suhaimi bin Hj Nasir telah menyampaikan bakul makanan kepada 50 penerima yang terdiri daripada pekebun kecil dan pesara RISDA. Bakul makanan itu disediakan dengan kerjasama RisSMart Grocer, jenama runcit di bawah Kumpulan RISDA Holdings (KRH), bagi membantu menampung keperluan harian para penerima.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini menghubungkan peranan perniagaan runcit KRH dengan usaha menjaga kebajikan komuniti.
Melalui program yang sama, taklimat ringkas mengenai RISDA Anchor Buyer turut disampaikan bagi memperjelas inisiatif RISDA memartabatkan kembali industri getah negara.
Kepada para pekebun kecil dan pesara RISDA, terima kasih atas usaha dan khidmat anda dalam membangunkan sektor pekebun kecil.

