Kongsikan di:

MAEPS | 2 SEPTEMBER 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings (KRH), Ybrs. Encik Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar turun padang menyokong penglibatan subsidiari KRH yang menyertai pameran MAHA 2026.

Penglibatan KRH pada skala besar kali ini memperkukuh peranannya dalam memacu rantaian nilai sektor pertanian komersial negara.

Menerusi sinergi strategik tiga entiti utama iaitu RISDA Estates Sdn. Bhd., RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd. dan Sinergi Perdana Sdn. Bhd., KRH menterjemahkan impaknya melalui penyelesaian menyeluruh, bermula dari kepakaran pengurusan ladang berskala besar, inovasi baka tanaman berkualiti, hinggalah ke pembekalan input pertanian berprestasi tinggi.

​Penglibatan KRH di MAHA 2026 bukan sekadar platform promosi, malah menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan strategik, peluasan peluang perniagaan dan penerokaan potensi baharu dalam industri pertanian.

Dapatkan kelebihan daya saing untuk perniagaan tani anda. Singgah ke reruai KRH di MAHA 2026 untuk melihat sendiri kualiti produk kami dan nikmati sesi konsultasi santai bersama pakar teknikal kami. Mari teroka potensi baharu bersama KRH!

Berita Lain

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE

MENCETUS IDEA, MENGGERAK INOVASI, MENCIPTA IMPAK