Kongsikan di:

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Risda Agri Food Industries (RAFI) atas pembukaan serentak 5 outlet Rissmart 24. 

RisSMart 24 adalah satu jenama baru dalam industri kedai serbaneka. Menampilkan konsep dan identiti tersendiri, RisSMart 24 menawarkan menu, produk dan servis berkualiti dalam memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang semakin menggemari konsep ‘mart’.

Rata-rata pelanggan yang hadir memberikan kredit kepada outlet Rissmart 24 dari segi konsep dan aturan dalam kedai, harga dan juga kualiti produk yang ditawarkan.

Rissmart 24 mempelawa semua rakyat Malaysia untuk hadir sendiri dan rasai pengalaman baharu berbelanja di outlet-outlet berhampiran anda:

1. UOA Business Park, Glenmarie
2. Teras Jernang, Bandar Baru Bangi
3. Residensi The Netizen, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
4. Seksyen 7, Shah Alam (berhampiran laluan masuk belakang UiTM)
5. Jalan Telawi, Bangsar

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE