Kongsikan di:

RABU | 14 OGOS | KLIA 
Majlis Pelepasan Jemaah Umrah anjuran Yayasan RISDA telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Ogos 2024.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi RISDA, YB. Tuan Haji Maandzri bin Haji Nasib, serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings (Interim), Encik Alias Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan RISDA, Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim.
Seramai 25 orang penerima terdiri daripada 20 staf RISDA, 4 staf KRH dan seorang pesara RISDA telah dipilih untuk menerima tajaan Yayasan RISDA bagi menunaikan ibadah umrah pada kali ini.
Tajaan tersebut merangkumi pakej umrah selama 13 hari 11 malam, vaksin, serta sumbangan khas sebanyak RM500 seorang.

Tahniah dan selamat berangkat buat para Duyufurrahman. Semoga perjalanan ibadah ini berjalan lancar, diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci, dan kembali ke tanah air dengan selamat serta penuh keberkatan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yayasan RISDA atas tajaan yang amat bermakna ini.

Berita Lain

WACANA STRATEGIK KUMPULAN RISDA HOLDING : MELANGKAH KE HORIZON BAHARU

RISDA Holdings Onboarding Excellence Program 2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH RHSB