Kongsikan di:

RISDA FLEET PERKUKUH RANGKAIAN LOGISTIK 

RISDA FLEET SDN BHD (RFSB), syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd. memperkukuhkan lagi rangkaian logistik mereka dengan membeli 6 unit lori kargo baharu.

Majlis penyerahan lori jenama FOTON AUMAN itu berlangsung di The Chic IPGE, Taman Setiawangsa, disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA diiringi oleh Ketua Pengarah RISDA, Ybrs. Tuan Zainal Azni Zulkifli.

YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib dalam ucapannya menyatakan, “Ini membuktikan komitmen tinggi RFSB dalam mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar dalam melaksanakan operasi penghantaran bahan input pertanian yang diperlukan dalam rantaian pembangunan sektor pekebun kecil getah”.

RFSB kini memiliki 145 lori pelbagai jenis termasuk lori kargo, tangki, roro dan lori rigid untuk menjalankan operasinya di seluruh negara.

Kesemua ini memainkan peranan penting dalam perniagaan sektor logistik bagi menyokong rantaian sistem penyampaian perkhidmatan RISDA kepada lebih 500,000 pekebun kecil.

Berita Lain

WACANA STRATEGIK KUMPULAN RISDA HOLDING : MELANGKAH KE HORIZON BAHARU

RISDA Holdings Onboarding Excellence Program 2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH RHSB