Kongsikan di:

RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) memeterai perjanjian persefahaman dengan syarikat Daem Sdn. Bhd. dalam mengukuhkan rantaian pemasaran domestik bekalan daging segar negara.

Majlis menandatangani dan penyerahan dokumen perjanjian yang diadakan di Pusat Jualan Lembu RISDA Keratong, Pahang menyaksikan RLSB diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Irwan bin Hj. Arshad manakala Daem Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Pemasarannya, Encik Muhammad Alif bin Mohd Satar, disaksikan oleh Pengerusi RISDA, Tn. Hj. Manndzri bin Hj. Nasib, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings, Ybrs. Encik Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar serta Ahli Lembaga Pengarah RLSB, Puan Nor Azwa binti Md Salim serta Dr. Akma binti Ngah Hamid.

Kerjasama ini menyaksikan Daem Sdn. Bhd. bertindak selaku rakan jualan dan pemasaran bagi kategori ternakan RLSB untuk memastikan keberkesanan pengedaran ke pasaran domestik.

Daem Sdn. Bhd. juga akan membantu menyelaras dan mengoptimumkan aktiviti pemasaran produk RLSB melalui kepakaran penjenamaan dan rangkaian Daem.

Usai majlis penyerahan dokumen perjanjian, satu lawatan ke pusat penternakan integrasi dan fidlot kendalian RLSB Zon Selatan terus diadakan untuk melihat sendiri sistem serta kaedah yang diamalkan dalam operasi harian.

Untuk rekod, RISDA Livestock Sdn. Bhd. merupakan subsidiari di bawah Kumpulan RISDA Holdings (KRH) yang memfokuskan ternakan ruminan sebagai aktiviti perniagaan utama.

Berita Lain

Majlis Pelepasan Peserta Umrah Yayasan RISDA 2026

Memacu Visi, Menyelaras Strategi Korporat di Sandakan

𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 – Kumpulan RISDA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat RISDA Daerah Sandakan