KOTA SAMARAHAN, 4 Mei — Program TVET MyKomoditi 2026 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui IMPAC terus memperkukuh pembangunan bakat dalam sektor agrikomoditi melalui pendekatan berteraskan industri.
Menterinya, Dato Sri Dr. Noraini Ahmad berkata, program ini menjadi platform strategik untuk meningkatkan minat serta keyakinan belia terhadap kerjaya dalam sektor yang kini semakin moden dengan penggunaan agroteknologi, automasi dan pendigitalan.
Beliau turut memaklumkan bahawa sektor agrikomoditi mencatat nilai eksport RM196.72 bilion pada 2025, sekali gus menuntut tenaga kerja mahir tempatan bagi memastikan kelestariannya.
Dari sudut pendidikan, TVET berperanan sebagai penghubung antara institusi dan industri, membuka peluang kerjaya yang stabil kepada graduan. Kerjasama turut melibatkan institusi seperti Kolej RISDA, Sarawak Skills dan Sabah Skills & Technology Centre.
Seramai 300 perantis akan dilatih dalam bidang teknikal dengan sokongan syarikat industri utama. Selain itu, lima perjanjian kerjasama turut dimeterai bagi memperkukuh ekosistem pembangunan bakat.
Inisiatif ini turut memberi manfaat kepada institusi seperti Kolej RISDA dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri semasa. Boleh Layari website rasmi kami di www.ucam.edu.my

