Kongsikan di:

Pada 12 Jun 2026 (Jumaat), satu sesi Sarapan Santai Pagi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHSB, Ybrs. Muhammad Adnin Bakir Bin Abu Bakar telah diadakan bertempat di Ibu pejabat PROTAC Insurance Brokers, Ampang.

Sesi ini dihadiri oleh Sr. Jamaluddin bin Harun (Ketua Pegawai Eksekutif PROTAC) bersama seluruh warga kerja agensi, serta turut disertai oleh Tuan Haji Noor Azan Bin Mohd. Noor (Ketua Pegawai Operasi Kumpulan RHSB) dan En. Razif Bin Ismail Mokhtar (Pengurus Besar Jabatan Kewangan & Perakaunan RHSB).

Membawa semangat High Performance Culture, sesi dialog terbuka ini menjadi medan terbaik bagi warga kerja PROTAC untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama pengurusan tertinggi, di samping berkongsi pandangan demi kemajuan ekosistem Kumpulan RISDA Holdings yang lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kehadiran yang menjayakan program ini!

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE