ππππππππ β Kumpulan RISDA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat RISDA Daerah Sandakan demi memacu pembangunan sosioekonomi pekebun kecil getah di kawasan berkenaan.β Pengerusi Kumpulan RISDA Holdings merangkap Ahli Parlimen P.184 Libaran, YB Datuk Suhaimi bin Hj Nasir, menegaskan komitmen tersebut sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat RISDA Daerah Sandakan.β
Sesi taklimat & penerangan program dalam lawatan kerja tersebut, YB Datuk Suhaimi telah diberikan taklimat serta penerangan terperinci mengenai pengoperasian dan program-program bantuan yang disediakan untuk para pekebun kecil getah setempat dibawah seliaan RISDA Sandakan. Sesi penerangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Sarif bin Ambotang, Timbalan Pegawai RISDA Daerah Sandakan. βAntara fokus utama taklimat tersebut merangkumi, βbantuan Tanam Semula Getah RISDA sebagai usaha berterusan RISDA Sandakan dalam membantu pekebun kecil getah meningkatkan produktiviti dan menggantikan pokok getah tua. Selain itu, pelbagai bantuan sokongan yang lain seperti bantuan keusahawanan, bantuan prasarana, serta program peningkatan pendapatan bagi memodenkan komuniti luar bandar.
βKerjasama demi masa depan pekebun kecil, YB Datuk Suhaimi melahirkan rasa optimis terhadap peranan RISDA Daerah Sandakan dan memberi jaminan akan sentiasa menyokong setiap perancangan strategik agensi tersebut.

