Kongsikan di:

ISNIN | 6 JULAI 2026 | JENGKA

Satu lagi langkah strategik dilakar dalam memperkukuh industri getah negara apabila RISDA dan FELDA pada hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dalam pengurusan serta pemasaran hasil getah.

Majlis pertukaran MOU telah berlangsung sempena Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Dalam sesi pemeteraian MoU tersebut, RISDA telah diwakili oleh YBrs. Encik Zainal Azni Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA manakala FELDA diwakili YBrs. Encik Razuwan Che Rose, Timbalan Pengarah Besar Perladangan FELDA.

Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada pembelian hasil getah, mekanisme penentuan harga yang lebih kompetitif, adil dan telus, serta pengurusan logistik yang lebih cekap. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh rantaian bekalan getah negara serta memberi manfaat kepada peneroka dan pekebun kecil demi kelestarian industri getah Malaysia.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE