Kongsikan di:

Kumpulan RISDA Holdings (KRH) hari ini menganjurkan KRH Corporate Governance Day 2026 sebagai langkah proaktif memperkukuh amalan tadbir urus terbaik di peringkat korporat.

โ€‹Memfokuskan kepada pemantapan budaya kerja berintegriti serta penerapan Malaysia Code on Corporate Governance (MCCG 2021), penganjuran ini penting bagi memastikan KRH terus mampan, telus dan berakauntabiliti tinggi dalam setiap pengoperasian syarikat.

โ€‹Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah RISDA, Yang Berusaha Encik Zainal Azni Zulkifli yang menekankan bahawa tadbir urus yang baik adalah akar kepada prestasi organisasi yang hebat.

Beliau turut mengimbau kembali sejarah penubuhan RISDA Holdings yang berperanan utama sebagai syarikat induk dalam melaksanakan fungsi korporat secara berpusat seperti perancangan dan dasar, kewangan dan perakaunan, pentadbiran dan sumber manusia, teknologi serta perundangan.

โ€‹Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings, Encik Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar serta Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai – pegawai Kumpulan RISDA Holdings.

Inisiatif ini bukan sekadar formaliti, malah satu langkah strategik dalam memperkukuh budaya tadbir urus yang telus di setiap peringkat syarikat bawah naungan RISDA Holdings bagi memastikan seluruh warga kerja KRH menghayati lima kod tatakelola utama ke arah membina High Performance Culture.

Berita Lain

Majlis Pelepasan Peserta Umrah Yayasan RISDA 2026

Memacu Visi, Menyelaras Strategi Korporat di Sandakan

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ โ€“ Kumpulan RISDA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat RISDA Daerah Sandakan