Kongsikan di:

SELASA | 10 FEBRUARI 2026 | KUALA TERENGGANU

Kumpulan RISDA Holdings (KRH) melangkah ke fasa transformasi strategik yang lebih menyeluruh sebagai control tower dan enjin pengkomersilan RISDA, dengan mandat jelas untuk memacu pertumbuhan berdisiplin, berasaskan nilai serta berimpak tinggi kepada pekebun kecil dan negara.

Berpaksikan mandat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta lima teras nasional 5P, hala tuju KRH bagi tempoh 2026–2030 disusun secara berperingkat melalui pengukuhan asas perladangan, penguasaan rantaian nilai daripada huluan hingga hiliran, peluasan pasaran pengguna dan peralihan daripada ekonomi komoditi kepada bioindustri bernilai tinggi.

Sebagai sebahagian daripada strategi “Take-Off” yang bermula pada tahun 2026, KRH menggerakkan lima inisiatif utama termasuk pengukuhan peranan sebagai Pembeli Getah Utama Negara menerusi 198 Depo Getah bagi melindungi pendapatan lebih 500,000 pekebun kecil, di samping membentuk bekalan getah asli tempatan berkualiti sehingga 1 juta tan metrik. Inisiatif ini diperkukuh melalui Program Perkayuan Getah, peluasan rangkaian RisSMart sebagai saluran pasaran strategik produk pekebun kecil dan usahawan desa, termasuk potensi penembusan ke pasaran antarabangsa.

Pada masa yang sama, KRH memperluas fokus ke arah pembangunan nilai tambah melalui inisiatif seperti Rubber Biofuel, Gula Generasi Kedua, Baja Organik dan Waste to Wealth. Fasa akhir transformasi (2029–2030) akan memberi penekanan kepada ekonomi lestari melalui sistem bekalan patuh ESG, ekosistem halal menyeluruh serta penghasilan produk berasaskan bioindustri, sejajar dengan pelaksanaan strategi blue ocean dan hala tuju NIMP 2030.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE