Sempena perjumpaan khas YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat di bawah agensi KKDW di Parlimen, satu mesej yang jelas telah digariskan iaitu kepimpinan strategik tidak boleh bergerak secara silo, dan setiap entiti mesti beroperasi dalam satu kerangka nasional yang terselaras serta berorientasikan keberhasilan.
Kumpulan RISDA Holdings (KRH) melihat penegasan ini sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh peranan anak syarikat sebagai instrumen pelaksanaan dasar dan pemacu ekonomi desa yang berimpak tinggi.
Melalui pelan transformasi RISDA Next Level 2026–2030, KRH sedang melaksanakan anjakan struktur bagi memposisikan kumpulan sebagai:
- Strategic Commercialisation Arm kepada ekosistem RISDA
- Control Tower rantaian nilai getah dan agro-bio
- Platform integrasi huluan–hiliran yang mampan
- Pemangkin transformasi daripada ekonomi komoditi kepada bioindustri bernilai tambah
Dalam landskap global yang mencabar, ini termasuklah volatiliti harga komoditi, tekanan margin dan perubahan struktur pasaran. KRH mengambil pendekatan berasaskan disiplin pelaksanaan, pengurusan risiko yang kukuh serta tadbir urus korporat berintegriti tinggi.
Kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan negara kepada anak-anak syarikat KKDW bukan sekadar mandat pentadbiran, tetapi amanah prestasi. Setiap strategi mesti diterjemahkan kepada hasil yang boleh diukur dan dirasai oleh lebih 500,000 pekebun kecil serta komuniti desa.

