Kongsikan di:
ISNIN | 9 JUN 2025 | BANGI 
 
Majlis Ibadah Korban Perdana RISDA Tahun 2025 selamat disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA.
 
Bertempat di Aqua Garden, Bangi, majlis turut disertai oleh Ybrs. Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA, Puan Haniza binti Ab Shukor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, Encik Md Najip bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Pengarah-pengarah Bahagian RISDA dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings.
 
21 ekor lembu telah dikorbankan oleh peserta terdiri dari kakitangan RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings.
 
Majlis Ibadah Korban Perdana RISDA merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran RISDA dengan kerjasama Badan Agama RISDA (BARIS).
 
Program ini turut mendapat sokongan dari beberapa syarikat Kumpulan RISDA Holdings seperti RISDA Agri Food Industries, RISDA Semaian & Landskap, RISDA Livestock Sdn. Bhd., Permodalan RISDA Berhad, RISDA Security And Services – RSS serta Yayasan RISDA.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE