Selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada 49 peserta Umrah Yayasan RISDA 2026. Majlis pelepasan pada hari ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri Hj Nasib, Pengerusi RISDA.
Inisiatif ini adalah manifestasi komitmen Yayasan RISDA yang menaja ibadah umrah ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan tertinggi atas dedikasi warga kerja Kumpulan RISDA Holdings. Semoga perjalanan semua jemaah dipermudahkan dan beroleh umrah yang mabrur.

