Kongsikan di:

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (Khas) Bil. 1/2026 telah membincangkan cadangan penambahbaikan struktur jawatankuasa RISDA Holdings Sdn. Bhd. meliputi penyusunan semula, penambahbaikan serta pengguguran beberapa jawatankuasa bagi memastikan struktur tadbir urus lebih teratur, berfungsi dan selaras dengan keperluan semasa Kumpulan RISDA Holdings. 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Sementara, YBhg. Datuk Mohammad Izat bin Hasan, bersama Ahli Lembaga Pengarah iaitu YBrs. En. Zainal Azni bin Zulkifli, YBhg. Datuk Maizatul Akmam binti Hj. Alawi dan YBrs. Pn. Asrinayanti binti Mahattar@Mokhtar.

Turut hadir, YBrs. En. Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Tn. Hj. Nasrul Fahmi bin Yahya, Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat.

Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan Lembaga dalam memperkukuh struktur tadbir urus dan kecekapan pengurusan RHSB.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE