Kongsikan di:

28 APRIL 2026 | PAHANG

RISDA Ventures Sdn. Bhd. (RVSB) hari ini mengadakan Majlis Pecah Tanah Dan Doa Selamat sebagai simbolik kepada permulaan program pembangunan stesen minyak di Ladang RISDA Ulu Keratong, Pahang.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Muhammad Sidek, Pengerusi RVSB yang menegaskan bahawa pembangunan stesen minyak ini mencerminkan usaha berterusan RVSB mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja RISDA serta komitmen rakan strategik memberikan usaha terbaik merealisasikan inisiatif ini.

Stesen minyak yang dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun 2026 ini disasarkan memberi impak positif dari segi peluang pekerjaan, kemudahan kepada pengguna serta merangsang ekonomi komuniti sekitar khususnya kepada pekebun kecil RISDA.

Projek ini turut mendapat kerjasama dari RISDA Bina Sdn. Bhd., yang bertindak sebagai perunding pengurusan.

Untuk rekod, RVSB yang merupakan sebuah subsidiari di bawah Kumpulan RISDA Holdings (KRH), berdaya saing menyahut cabaran meneroka segmen pasaran perniagaan baharu meliputi sektor tenaga termasuk stesen minyak, ke arah peningkatan nilai tambah syarikat.

Berita Lain

Majlis Pelepasan Peserta Umrah Yayasan RISDA 2026

Memacu Visi, Menyelaras Strategi Korporat di Sandakan

π’π€ππƒπ€πŠπ€π – Kumpulan RISDA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat RISDA Daerah Sandakan