Kongsikan di:

Program “Lambuk Berkat, Ukhwah Terjalin” telah dilaksanakan pada 12 Mac 2026 di Surau Al-Mukmin Desa Pasifik, Kampung Berembang, Kuala Lumpur, hasil kerjasama antara Kumpulan RISDA Holdings dan kariah surau.

Program ini merangkumi dua pengisian utama iaitu gotong-royong memasak dan

mengagihkan bubur lambuk pada waktu pagi, diikuti Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama pada sebelah petang dan malam. Program ini melibatkan kira-kira 60 orang petugas terdiri daripada kakitangan Kumpulan RISDA Holdings, wakil komuniti setempat serta kariah surau, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi

menyemai nilai keprihatinan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara organisasi dan masyarakat.

Hasil kerjasama tersebut, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan dan

diagihkan kepada warga Kumpulan RISDA Holdings dan komuniti Desa Pasifik sebagai

simbol perkongsian rezeki dan keprihatinan sempena bulan Ramadan yang penuh rahmat.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE