Kongsikan di:

RisSMart Grocer, pasaraya mini di bawah pengurusan RISDA Agri Food Industries (RAFI) hari ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Dalam ucapannya, YAB Menteri mengucapkan tahniah kepada RISDA atas kejayaan penubuhan sub-jenama baharu ini sambil menekankan kepentingan peranan RisSMart selaku model ekonomi desa dan pekebun kecil serta usahawan tempatan terutamanya Usahawan Bimbingan RISDA.

Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib dalam ucapan aluannya pula menyandarkan harapan agar RisSMart memangkin pemerkasaan ekonomi secara inklusif dan berimpak tinggi.

Untuk rekod, RisSMart Grocer merupakan jenama ketiga selepas RisSMart Butchery dan RisSMart 24 yang turut dikendalikan oleh RAFI, subsidiari di bawah Kumpulan RISDA Holdings.

Dalam majlis yang sama, YAB Menteri turut merasmikan Pelancaran Pelan Strategik RisSMart yang menggariskan perancangan jangka panjang RAFI bersama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) RISDA sehingga tahun 2030 dengan sasaran jualan produk usahawan bimbingan RISDA mencapai RM30 juta.

Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Perladangan & Komuniti, Ybhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW, Ybhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KKDW, Ybrs. Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA, Ybhg. Datuk Adenan bin Md Yusof, Pengarah Urusan Kwasa Land Sdn. Bhd, Ybrs. Encik Muhammad Adnin Bakir bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings serta pengurusan tertinggi KKDW dan RISDA.

Berita Lain

Majlis Pelepasan Peserta Umrah Yayasan RISDA 2026

Memacu Visi, Menyelaras Strategi Korporat di Sandakan

𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 – Kumpulan RISDA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat RISDA Daerah Sandakan