Kongsikan di:

2 APRIL 2026 | BANGI

RisSMart, salah satu subsidiari Kumpulan RISDA Holdings (KRH) hari ini menerima kunjungan Pegawai Belanjawan Negara dari 3 kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementeian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Bertempat di outlet RisSMart 24 Southville City, lawatan ini bertujuan melihat dengan lebih dekat operasi, prestasi dan potensi syarikat RisSMart sepanjang 4 tahun beroperasi, bermula dengan jenama RisSMart Butchery, disusuli dengan RisSMart 24 dan terkini RisSMart Grocer.

Delegasi dari tiga kementerian ini diberikan taklimat lengkap oleh Ketua Pegawai Operasi RISDA Agri Food Industries (RAFI), Encik Mohd Azmir bin Rosli yang menekankan peranan RisSMart sebagai platform utama untuk kemajuan industri usahawan tempatan negara.

Berita Lain

MAJLIS HARI KUALITI DAN INOVASI RISDA TAHUN 2026

RISDA OFFICE OLYMPICS 2026 MEMPERKUKUH SEMANGAT KERJASAMA DAN KESATUAN WARGA KERJA RISDA

RSS PERKUKUH PORTFOLIO PERNIAGAAN F&B MELALUI KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRAL KITCHEN BERSAMA FINE RYDZY ENTERPRISE