Kg. Tok Dor, Besut, Terengganu.
04 Februari 2026 I RABU
Telah berlangsung lawatan kerja yang dihadiri oleh Tuan Haji Rahim Hashim, Pengarah Bahagian Produktiviti & Pemasaran bersama En. Zulkiflee Bin Salleh, Pengarah RISDA Negeri Terengganu.
Taklimat kemajuan kerja pembinaan Depo Berprestasi Tinggi (DPT) ini telah disampaikan oleh En. Khairol Imran Bin Mohammad, Pengurus RISDA Plantation Wilayah Timur (RPSB).
En Muhamad Fuad Bin Ibrahim selaku Pegawai RISDA Daerah Besut juga mengalu-alukan kehadiran bersama En Hairul Nizam Bin Abd Jalil, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Terengganu serta wakil Kumpulan RISDA Holdings.
Tujuan pembinaan depo DPT ini :
(i) Sebagai sokongan memendekkan rantaian pemasaran bagi meningkatkan harga belian produk hasil getah kepada pekebun kecil.
(ii) Sebagai simpanan stok hub produk getah wilayah timur.
Semoga dengan lawatan kerja tersebut menjadi pemangkin kepada sistem pemasaran getah yang lebih mampan dan berdaya saing selari dengan aspirasi memperkasa kemakmuran pekebun kecil dengan harga getah bermaruah.

